Isnin, 26 Ogos 2013

ARAB SPRING; HANYA REVOLUSI PERUT.

Revolusi. Apakah itu revolusi?

Orang kata, revolusi itu adalah perubahan kepada struktur sosial dan kebudayaan yang secara mendadak. Apa maksudnya, korang fikirlah sendiri.

Namun, apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah, dari mana punca revolusi ini datang?

Adakah ianya muncul dengan tiba-tiba?

Adakah ianya muncul dengan tidak sengaja?

Adakah ianya timbul dengan perancangan rapi terlebih dahulu?

Mari kita ambil contoh Arab Spring. Ada yang mengatakan Arab Spring bukanlah sebuah revolusi, tetapi sebuah reformasi. Pertukaran pemerintahan agar mengikut kehendak rakyat yang lapar?

Adakah itu yang mencetuskan Arab Spring?

Ramai orang berkata, Arab Spring berlaku selepas berlakunya peristiwa tentang mamat bawah ni;


Depa kata, disebabkan mamat ni bakar diri dia dekat Tunisia, barulah mata masyarakat, yang dipelopori anak muda, buat demo. Mula-mula kecil-kecilan, kemudian menjadi besar-besaran dan seterusnya tidak terkawal.

Nak tahu sapa dia?

Nama mamat ni adalah Allahyarham Mohamed Bouzizi. Mati setelah di buat sengkeh oleh 'majlis penbandaran' dekat tempat dia mencari rezeki, pekan kecil di Tunisia.

Nak tahu detail cerita dia, korang googlelah sendiri. Dah pandai membaca blog, sudah pasti pandai mencari cerita berkenaan mamat ni.

Apa-apa pun, yang nyata, setelah hidup dalam keadaan yang miskin, lapar, dan tidak diberi keadilan untuk beliau mendapat rezeki untuk menyara keluarganya yang miskin, maka berlakulah peristiwa itu.

Apa yang nyata, walaupun secara akedemik, orang mengaku bijak pandai mengatakan revolusi Arab Spring ini berlaku kerana sudah lama rakyat diperintah oleh pemerintah kuku besi, tiada keadilan, tiada demokrasi, namun yang nyata, ketika terjadinya Arab Spring itu, negara Arab yang cepat menyaut peritiwa Tunisia adalah negara umat yang sedang lapar!

Arab Spring terjadi kerana rakyat lapar. Perut kosong dan takde duit nak beli makan untuk hidup.

Maka, apa agaknya, jika negara itu tetap mempunyai pemerintah kuku besi, tidak adil dan tidak demokratik, namun rakyatnya kenyang dan kembung duit, adakah akan berlaku Arab Spring?

Haa.... kerana itulah, maka kita akan melihat, tidak lama lagi, akan berlaku satu perkara yang pelik. Di mana revolusi dari Arab Spring ini akan di counter balik. Seperti yang telah berlaku di Mesir dan seperti yang sedang berlaku di Tunisia.

Revolusi Arab Spring ini adalah satu revolusi tidak masak. Seperti kita makan buah mangga yang tidak masak, ianya tidak manis, tetapi masam. Apabila masam, mula-mula makan memang sedap. Apa lagi dicecah dengan kicap campur garam. Tetapi lama-kelamaan, sipemakan itu akan sakit perut dan akan menyumpah pada mangga yang belum masak itu.

Itulah apa yang berlaku di Mesir. Rakyat nak makan mangga yang manis. Tetapi, membeli mangga yang belum masak. Maka, mangga yang dipersalahkan. Tidak bolehkah , rakyat menunggu lama sedikit, peram dahulu mangga itu sehingga masak, baru memakannya?

Ini tidak. Mangga terus dipersalahkan, dan akhirnya, hilang segala revolusi. Hanya kerana, berfikir melalui perut.

Bersambung.................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan